Monday, May 03, 2010

Saya tidak suka trigo.

Mengikut adat (seperti peperiksaan akhir tahun tahun lalu), saya akan melatih penulisan saya dalam Bahasa Melayu di sini.

Sebelum saya bermula, saya hendak membuat pertaruhan bahawa saya akan membuat lebih dari dua puluh kesalahan tatabahasa dalam blog post (how on earth do you say "blog post" in Malay?) ini.

Saya rasa saya akan menggunakan banyak masa untuk menulis blog post ini. Bahasa Melayu saya memang tidak bagus.

Saya juga rasa bahawa ramai orang akan ketawa semasa membaca blog post ini. Untuk pengetahuan semua, saya rasa ia adalah tidak baik untuk ketawakan orang yang ingin memperbaiki diri mereka (sebenarnya saya akan ketawa juga jika orang lain membuat seperti saya ini).

Ketawalah. Saya mungkin tidak akan kisah.


Hari ini merupakan hari sebelum peperiksaan Mother Tongue (lidah ibu? Mejijikkan benar), dan Matematik.

GG.

Ramai orang tahu bahawa saya tidak suka matematik (ataupun ilmu hisab). Ramai orang juga berpendapat bahawa matematik adalah mata pelajaran yang paling senang. Saya tidak faham cara pemikiran orang yang berpendapat begitu.

Walaubagaimanapun, saya akan cuba dengan sedaya upaya untuk lulus dalam peperiksaan Matematik kali ini (yeah, right. Berserah kepada nasib sahaja. I'm so screwed. I don't seem to be able to process much about trigo, and that makes me very scared indeed).


Sesuatu perkara yang merupakan agak menghairankan ialah makanan malam hostel hari ini. Makanan Muslim dan Indian lebih nyaman daripada yang biasanya dibagikan. (Probably the first time ever in the history of the school we've fought for hostel food. Non-Muslim food sucked though, so Woan Chyi, Kelvin and I didn't touch a thing and stole sauce from Insan and Adithya.)


Mesti teruskan mengulangkaji Matematik.


Adieu.


P.S. Apologies to any non-Malay speaking people, but hey, time to try out translate.google.com. It's a fail.

P.P.S. Yes, Malay is exclusive. Admit it. Embrace the awesomeness.


No comments: